Hamdin Abdollah

Datuk Wira
Hamdin Abdollah
D.C.S.M., D.M.S.M.
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka
bagi Rembia
Dalam jawatan
1995–2004
Didahului olehjawatan baharu
Digantikan olehAbdul Wahab Abdul Latip
Maklumat peribadi
Lahir1947
Meninggal dunia (umur 73)
Hospital Melaka, Melaka
Parti politikUMNO
PasanganDatin Wira Noraini Saleh
Anak3

Datuk Wira Haji Hamdin bin Abdollah (1947 – 22 April 2020) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia.

Pada 22 April 2020, beliau telah meninggal dunia pada kira-kira pukul 3 petang waktu tempatan di Hospital Melaka setelah menghidapi penyakit jantung, paru-paru dan buah pinggang. Jenazah beliau dibawa ke rumah kediamannya di Seri Bayu, Alor Gajah sebelum dikebumikan pada malam hari yang sama. Beliau meninggalkan isterinya iaitu Datin Wira Noraini Saleh, tiga orang anak dan sepuluh orang cucu.