Gelombang Korea

Gelombang Korea
ڬلومبڠ كوريا
Cina
Tulisan Cina Tradisional韓流
Tulisan Cina Ringkas韩流
Jepun
Kanji韓流
Korea
Hangul
한류
Hanja
韓流
Perumian SemakanHallyu
McCune–ReischauerHallyu

Gelombang Korea (ڬلومبڠ كوريا) atau Hallyu (Hangul: 한류; Hanja: 韓流; Perumian Semakan: Hallyu) merujuk kepada penyebaran budaya dari Korea Selatan ke seluruh dunia. Istilah ini muncul di China pada pertengahan tahun 1999 oleh wartawan Beijing yang terkejut dengan populariti hiburan dan budaya Korea yang pesat berkembang di negara China. Hasil gelombang tersebut telah membawa AS$ 1 bilion setiap tahun kepada Korea Selatan melalui perkembangan dan eksport budaya.