Halba
| Halba | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Divisi: | Magnoliophyta
|
| Kelas: | |
| Order: | |
| Keluarga: | |
| Genus: | Trigonella
|
| Spesies: | T. foenum-graecum
|
| Nama binomial | |
| Trigonella foenum-graecum | |
Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai kedua-dua herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Perkataan bahasa Melayu, "halba", berasal daripada nama bahasa Arab, "Hilbeh" (حلبة). Nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum.
Negara pengeluar halba yang terutama termasuk: India, Argentina, Mesir, Perancis, Sepanyol, Turki, Maghribi dan China, dengan India merupakan pengeluar yang terbesar di dunia. Negeri Rajasthan mengeluarkan 80% daripada jumlah pengeluaran di India, dengan negeri-negeri pengeluar utama yang lain termasuk Gujarat, Uttaranchal, Uttar Pradesh, Madhya Pradesh, Maharashtra, Haryana, dan Punjab.