Hakim Ziyech

Hakim Ziyech
Ziyech bermain untuk Chelsea pada tahun 2020
Maklumat peribadi
Nama penuh Hakim Ziyech
Tarikh lahir (1993-03-19) 19 Mac 1993
Tempat lahir Dronten, Belanda
Ketinggian 1.81 m (5 ka 11 in)
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Galatasaray
(dipinjam dari Chelsea)
Nombor 22
Kerjaya remaja
2001–2004 Reaal Dronten
2004–2007 ASV Dronten
2007–2012 Heerenveen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2012–2014 Heerenveen 36 (11)
2014–2016 Twente 68 (30)
2016–2020 Ajax 112 (38)
2020– Chelsea 64 (6)
2023– → Galatasaray (pinjam) 2 (1)
Pasukan kebangsaan
2012–2013 Belanda B20 3 (1)
2013–2014 Belanda B21 3 (2)
2015– Maghribi 54 (20)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 19:05, 23 September 2023 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 17 Jun 2023 (UTC)

Hakim Ziyech (Arab: حكيم زياش; lahir 19 Mac 1993), dijuluki "The Wizard of Amsterdam" adalah pemain bola sepak profesional yang bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Turki, Galatasaray secara pinjaman dari Chelsea dan pasukan kebangsaan Maghribi.

Ziyech terkenal dengan kemampuannya untuk menggelecek bola, melakukan hantaran panjang, teknik, dan kemampuannya dari sepakan percuma. Pada tahun 2019, dia terpilih sebagai salah satu daripada 20 pemain terbaik dalam Liga Juara-Juara UEFA untuk musim 2018-19. Pada akhir tahun yang sama, dia menduduki tempat ke-29 dalam senarai The Guardian sebagai "100 pemain bola sepak terbaik di dunia".

Ziyech memulakan kerjaya profesionalnya di kelab Belanda Heerenveen pada tahun 2012 dan menandatangani kontrak untuk sesama kelab Belanda Twente dua tahun kemudian. Pada tahun 2016, dia menandatangani kontrak dengan Ajax dengan perjanjian lima tahun, dengan bayaran perpindahan yang dilaporkan sebanyak € 11 juta. Musim 2018-19 adalah musim yang paling produktif dalam karier Ziyech, ketika dia menjaringkan 16 gol dan memberikan 13 assist di Eredivisie. Dia kemudian menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea untuk musim 2020-21.

Pada asalnya layak bermain untuk Belanda atau Maghribi di peringkat antarabangsa, dan dia memilih untuk mewakili Maghribi, dan bermain di Piala Dunia FIFA 2018 dan Piala Negara-Negara Afrika 2019.