Hagwon
| Hagwon | |
| Hangul | 학원 |
|---|---|
| Hanja | |
| Perumian Semakan | hagwon |
| McCune–Reischauer | hagwŏn |
Hagwon (학원) ialah sejenis pusat tuisyen di Korea Selatan. Istilah ini juga digunakan oleh golongan keturunan Korea di Amerika Syarikat untuk merujuk terhadap institusi yang serupa.
Hampir kesemua kanak-kanak muda menghadiri Hagwon. Pada 2008, sekitar 70 ribu buah Hagwon wujud di Korea Selatan dengan 47% daripadanya menitikberatkan pengajian sekolah tinggi.