Hachikō

Hachikō
Gambar Hachikō
SpesiesAnjing
BakaAnjing Akita
JantinaJantan
LahirHachikō
10 November 1923
Dekat dengan bandar raya Ōdate, Wilayah Akita
Mati8 Mac 1935 (berumur 11 tahun)
Shibuya, Tokyo
Sebab kematianBarah dan Filariasis
PengebumianMuzium Sains Kebangsaan Japan di Ueno, Tokyo.
NegaraJepun
Peranan terkenalAnjing setia
Dikenali untukMenunggu kepulangan pemiliknya yang telah meninggal selama sembilan tahun.
PemilikHidesaburō Ueno
PenampilanWarna perang terang keemasan dengan putih (putih pic) pada mukanya
Anugerah dan kejuaraan
Pautan luar
sunting · sunting di Wikidata

Hachikō (ハチ公, 10 November 1923 – 8 Mac 1935), dikenali dalam bahasa Jepun sebagai chūken Hachikō (忠犬ハチ公 "anjing setia Hachikō" ['hachi' bererti 'lapan', bilangan yang merujuk susunan kelahiran anjing dalam seperinduk, dan 'kō', bererti putera]), ialah seekor anjing Akita yang lahir di sebuah ladang dekat dengan bandar raya Ōdate, Wilayah Akita, diperingati atas kesetiaannya yang luar biasa terhadap pemiliknya, sungguhpun bertahun-tahun selepas kematian pemiliknya.