HMS Prince of Wales (R09)
Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat HMS Prince of Wales.
Haluan kapal HMS Prince of Wales pada Ogos 2017
| |
| Sejarah | |
|---|---|
| United Kingdom | |
| Nama: | HMS Prince of Wales |
| Bersempena dengan: | Prince of Wales |
| Pemilik: | Aircraft Carrier Alliance |
| Dipesan: | 20 Mei 2008 |
| Pembina: |
|
| Dibaringkan: | 26 Mei 2011 |
| Dilancarkan: | 2017 (dirancang) |
| Ditaja oleh: | HRH The Duchess of Rothesay |
| Disucikan: | 8 September 2017 |
| Ditauliah: | 2020 (dirancang) |
| Pelabuhan asal: | HMNB Portsmouth |
| Pengenalan: |
|
| Moto: | Ich Dien ("I Serve") |
| Status: | Disiapkan |
| Ciri-ciri umum | |
| Kelas dan jenis: | Kapal pengangkut pesawat kelas-Queen Elizabeth |
| Sesaran: | 70,600 tonne (69,500 long ton; 77,800 short ton) |
| Panjang: | 280 m (920 ka) |
| Lunas: |
|
| Draught: | 11 metres |
| Dek: | 16,000 m2 |
| Halaju: | 25 knot (46 km/j) |
| Jarak: | 10,000 batu nautika (19,000 km) |
| Kapasiti: | 1,600 |
| Trup: | 250 |
| Anak kapal: | 679 |
| Sistem penderia dan pemprosesan: |
|
| Persenjataan: |
|
| Pesawat yang dibawa: |
|
| Kemudahan penerbangan: |
|
HMS Prince of Wales adalah kapal kedua dalam kapal pengangkut pesawat kelas-Queen Elizabeth yang sedang dibina untuk Tentera Laut Diraja. Ia dijangka akan memasuki perkhidmatan aktif bermula pada tahun 2020. Kapal ini merupakan kapal ke-7 milik Tentera Laut Diraja yang menggunakan nama HMS Prince of Wales. Pembinaan kapal ini bermula pada tahun 2011 di Rosyth Dockyard dan pada April 2016, strukturnya dikatakan telah siap sekitar 80%.
Tidak seperti kapal pengangkut pesawat besar yang lain, Prince of Wales tidak dipasang dengan manjanik atau kabel penangkap dan sebaliknya direka untuk mengoperasikan pesawat V/STOL; kapal ini dirancang untuk membawa sehingga 40 buah pesawat tempur pelbagai peranan F-35B Lightning II dan helikopter Merlin bagi peranan amaran awal udara serta peperangan anti kapal selam, walau bagaimanapun sekiranya perlu kapal ini mampu membawa sehingga 70+ buah pesawat F-35B. Reka bentuknya menitik beratkan fleksibiliti, dengan tempat penginapan untuk seramai 250 orang anggota Royal Marines dan kemampuan untuk menyokong mereka dengan helikopter penyerang dan pengangkutan tentera seperti helikopter Chinook atau yang bersaiz lebih besar.
Pada tahun 2010, kerajaan Britain telah mengumumkan bahawa Prince of Wales sama ada dijual atau ditinggalkan di sebabkan oleh pemotongan belanjawan. Pada tahun 2014, semasa Persidangan NATO di Wales, Perdana Menteri David Cameron mengumumkan bahawa kapal pengangkut pesawat ini akan dibawa masuk ke dalam perkhidmatan aktif. Komitmen ini kemudian disahkan dalam Penilaian Keselamatan dan Pertahanan Strategik 2015 pada bulan 2015.
Prince of Wales telah dinamakan secara rasmi pada 8 September 2017 di Limbungan Rosyth oleh HRH Duchess Rothesay. Prince of Wales akan diserahkan kepada Tentera Laut pada tahun 2019, dan akan sedia sepenuhnya untuk tugasan di perbatasan pada tahun 2023. Kapten pertamanya adalah Kepten Stephen Moorhouse.