Gymnasion

Gymnasion (Yunani: γυμνάσιον, rumi: gymnasion) merupakan tempat-tempat khusus yang wujud pada zaman Yunani Purba untuk tujuan senaman, bermandi serta berguru dalam pelbagai bidang ilmu.

Ia datang daripada perkataan bahasa Yunani γυμνός (gymnos) bermaksud "telanjang" (naked) yang merujuk kepada wajibnya sesiapa yang bersukan di tempat-tempat sebegini - lazimnya dalam kalangan lelaki dewasa - bertelanjang; keadaan ini dianggap sebagai tanda menghormati dewa-dewi (lagi-lagi kepada Herakles, Hermes dan Theseus) serta mengalakkan kesedaran bentuk jasmani dalam kalangan pelatihnya.