Gyeongju
| Bandaraya Gyeongju بندراي ڬيوڠجو | |
|---|---|
Peta Bandaraya Gyeongju | |
| Transkripsi bahasa Korea | |
| Nama Hangul | 경주시 |
| Nama Hanja | 慶州市 |
| Nama Perumian Semakan | Gyeongju-si |
| Nama McCune-Reischauer | Kyŏngju-si |
| Nama lain | Gyeongju (경주, 慶州) |
| Maklumat pentadbiran | |
| Negara | Korea Selatan |
| Kawasan | Yeongnam |
| Subpembahagian | 11 kejiranan, 4 bandar, 8 perbandaran |
| Maklumat am | |
| Luas | 1,324.39 km2 (511.35 bt persegi) |
| Populasi (2008) | 269,343 |
| Kepadatan | 212/km2 (550/bt persegi) |
| Koordinat | 35°51′22″N 129°13′30″E / 35.85611°N 129.22500°E |
| Loghat | Gyeongsang |
sunting | |
Gyeongju (Sebutan Korea: [kjəːŋdʑu]) merupakan sebuah bandar raya yang terletak di tenggara wilayah Gyeongsang Utara, Korea Selatan. Ia adalah bandar raya kedua terbesar dalam wilayah selepas Andong dengan keluasan 1,324 km2 (511 bt persegi) dan jumlah penduduk seramai 269,343 orang menurut bancian tahun 2008. Gyeongju berada 370 km (230 batu) dari bahagian tenggara Seoul dan 55 km (34 batu) dari timur Daegu. Bandar raya ini bersempadan dengan Cheongdo dan Yeongcheon di barat, Ulsan di selatan, Pohang di utara dan bahagian timurnya pula adalah Laut Jepun (Laut Timur).