Gurun Kyzylkum

Gurun Kyzylkum
kyzyl-kum
Kyzylkum selatan Dzhangeldy, Uzbekistan.
Imej satelit Gurun Kyzylkum oleh NASA World Wind
Ciri fizikal
Keluasan298,000 km²
Geologi
JenisGurun
Geografi
LokasiAsia
NegaraKazakhstan & Uzbekistan
Koordinat42°26′28″N 63°27′41″E / 42.44111°N 63.46139°E / 42.44111; 63.46139
Iklimiklim gurun sejuk
sunting · sunting di Wikidata

Gurun Kyzylkum (Uzbek: Qizilqum/Қизилқум, قىزىلقۇم; Bahasa Kazakhstan: Қызылқұм, Qyzylqum, قىزىلقۇم, Rusia: Кызылкум) adalah padang pasir ke-16 terbesar di dunia. Namanya bermaksud Pasir Merah dalam bahasa Turki. Ia terletak di Asia Tengah dalam doab antara sungai Amu Darya dan Syr Darya, sebuah wilayah yang dahulu dikenali sebagai Transoxania atau Sogdiana. Hari ini ia dibahagikan antara Kazakhstan, Uzbekistan dan Turkmenistan. Ia meliputi kira-kira 298,000 km2 (115,000 bt2).