Gunung Kenya

Gunung Kenya
Titik tertinggi
Ketinggian5,199 m (17,057 ka) 
Tonjolan3,825 m (12,549 ka) 
Ranked 32nd
Pengasingan323 kilometer (201 bt)
SenaraiSeven Second Summits
Country high point
Ultra
Koordinat0°9′03″S 37°18′27″E / 0.15083°S 37.30750°E / -0.15083; 37.30750
Geografi
Gunung Kenya
Peta topoPemetaan gunung oleh Wielochowski & Savage
Geologi
Jenis gunungStratovolkano (jenis mati)
Letusan terakhir2.6–3.1 MYA
Pendakian
Laluan paling mudahPanjat batu

Gunung Kenya adalah sebuah gunung berapi terletak di tengah negara Kenya timur benua Afrika, ia merupakan gunung tertinggi di negara tersebut dan kedua tertinggi di benua Afrika setelah Gunung Kilimanjaro. Negara Kenya sendiri dinamakan dari gunung ini.

Gunung ini muncul kira-kira 3 juta tahun hasil perengkahan benua yang berlaku di kawasan timur Afrika dengan ketinggian awal sebanyak 7,000 meter. Pelitupan air batu selama beribu-ribu tahun berikutnya mengakis curam banyak lereng dan lembah sekeliling puncak ini. Lereng-lereng gunung disebut terletaknya hutan pelbagai jenis yang menjadi sumber tadahan air yang penting bagi sebahagian besar negara Kenya. Keluasan 715 km persegi sekitar pusat gunung telah ditetapkan sebagai suatu cagar alam malah disenaraikan sebagai suatu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1997 yang menerima kunjungan lebih daripada 16,000 orang pelawat setiap tahun.