Mauna Kea

Gunung Berapi Mauna Kea
ݢونوڠ براڤي ماونا كيا
Mauna Kea dengan salji di puncaknya
Titik tertinggi
Ketinggian4,205 m (13,796 ka)
Tonjolan4,205 m (13,796 ka)
Pengasingan3,947 kilometer (2,453 bt)
Geografi
Mauna Kea
Kedudukan Mauna Kea di Hawaii
LokasiHawaii,  Amerika Syarikat
Induk banjaranKepulauan Hawaii
Geologi
Usia batuanOldest dated rock: 237,000 ± 31,000 BP
Jenis gunungPerisai, titik panas
Lengkok/Lingkaran
gunung berapi
Rantaian Gunung Bawah Laut Hawaii-Emperor
Letusan terakhir6,000 hingga 4,000 tahun dahulu
Pendakian
Pendakian pertamaRecorded: Goodrich (1823)
Laluan paling mudahDenai Mauna Kea
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "lat_d"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "lat_NS"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "long_EW"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "long_d"

Mauna Kea [mau.na ké.a, ماونا كيا] merupakan sebuah gunung berapi yang terletak di pulau utama negeri Hawaii, Amerika Syarikat. Dengan ketinggian 4,205 meter (13,796 kaki) dari aras laut, gunung berapi ini adalah titik tertinggi di kawasan kepulauan Hawaii. Kebanyakkan bahagian gunung ini berada di bawah laut. Apabila dikira daripada dasar lautan, Mauna Kea adalah setinggi 10,200 m (33,500 kaki) di mana secara ia jauh lebih tinggi berbanding Gunung Everest di atas aras laut. Kali terakhir gunung ini meletus ialah pada 4,000 hingga 6,000 tahun dahulu. Menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), sehingga Januari 2012, tahap amaran gunung berapi bagi Mauna Kea ialah "normal".

"Mauna Kea" datang daripada istilah Mauna a Wākea yang bermaksud "gunung putih" dengan adanya puncak dilitupi salji dalam musim-musim tertentu. Gunung ini puncak paling terutama antara lima gunung berapi yang dianggap suci bagi masyarakat peribumi Hawaii kerana ia dianggap tempat dewa-dewi; maka gunung ini dikenakan kemasukan berpantang larang kepada golongan pembesar masyarakat tersebut.