Gunung Everest

Gunung Everest
Everest dari Kala Patthar di Nepal
Titik tertinggi
Ketinggian8,848 m (29,029 ka) 
Berkedudukan ke-1
Tonjolan8,848 m (29,029 ka)
Geografi
Lokasi Nepal
Tibet, China
Induk banjaranMahalangur Himal, Himalaya
Pendakian
Pendakian pertama29 Mei 1953
Edmund Hillary
Tenzing Norgay
Laluan paling mudahSouth Col (Nepal)
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "Without oxygen bottles"
Paparan amaran: Laman menggunakan Templat:Kotak info gunung dengan parameter tidak diketahui "Solo ascent"

Gunung Everest/Sagarmatha merupakan gunung tertinggi di dunia dengan ketinggian setinggi 8850 meter. Gunung Everest terletak di banjaran gunung Himalaya. Everest adalah gunung tertinggi di bumi (diukur dari paras laut). Rabung kemuncak gunung menandakan sempadan antara Nepal dan Tibet.

Masyarakat Nepal mengenal gunung tersebut sebagai Sagarmatha ("ibu langit" atau "dahi langit" dalam bahasa Sanskrit) manakala masyarakat Tibet Chomolangma atau Qomolangma ("ibu alam"), yang diserap kepada dari nama Cina 珠穆朗玛峰 (pinyin: Zhūmùlǎngmǎ Fēng). Andrew Waugh jeneral peninjau British di India menamakannya sempena pendahulunya George Everest. Everest sendiri menentang keras dalam surat kepada Royal Geographical Society tahun 1857 yang beralasan namanya susah disebut apatah lagi ditulis oleh orang India sendiri; tetapi RGS tidak mengendahkannya dan mengiktiraf usulan Waugh secara rasmi pada 1865.