Gunung Banang
Gunung Banang merupakan sebuah gunung yang terletak di Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia. Ia terletak berhampiran dengan bandar Batu Pahat. Puncak Gunung Banang terletak pada ketinggian 432.38 meter dari paras laut itu dan popular sebagai kawasan rekreasi orang ramai untuk berjoging dan mendaki, selain mempunyai pemandangan indah menghadap Selat Melaka.