Guli

Guli (Jawi: ݢولي) ialah sejenis bola kecil yang biasanya diperbuat daripada kaca, tanah liat atau akik. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak. Guli juga boleh digunakan dalam sesetengah permainan lain, contohnya congkak. Ramai juga yang mengumpul guli, sama ada untuk hobi atau warna menarik.