Grime
Grime [graim] ialah suatu genre muzik tarian elektronik yang muncul di London, United Kingdom pada awal tahun 2000-an Ia dibangunkan dari gaya muzik elektronik yang wujud di negara tersebut sebelum ini termasuk garage dan jungle serta juga terapan menarik pengaruh genre muzik lain seperti dancehall, ragga, dan hip hop.
Gaya muzik ini sering dikenalpasti daripada breakbeat cepat dan tersendiri (umumnya pada sekitar 140 bpm) dan sering mempunyai bunyi elektronik yang agresif atau tajam. Ia turut disampaikan dengan lirik rap yang sering menyentuh gaya hidup pengarang - ia merupakan elemen penting dalam genre ini.