Greenpeace

Greenpeace
Greenpeace (en)
Kerangka
Jenis/bentuk sahPertubuhan bukan kerajaan
TujuanAlam sekitar, keamanan
IndustriPemanasan global, penebangan hutan, Penangkapan ikan yang berlebihan, Pencemaran, Organisma terubah suai secara genetik, nuclear industry 
PergerakanEnvironmentalisme, Pasifisme, Tindakan langsung 
Keanggotaan 3,200,000 (2017) 
Tapak webwww.greenpeace.org
Sejarah
PendahuluDon't Make a Wave Committee 
Dibentuk1969 (1969) - 1972 (1972) (Lihat pernyataan)
Vancouver, British Columbia, Kanada di Vancouver 
PengasasIrving Stowe, Dorothy Stowe, Jim Bohlen, Paul Côté, Robert Hunter, Ben Metcalfe, Marie Bohlen, Dorothy Metcalfe 
Pengurusan
Pengarah eksekutifBunny McDiarmid, Jennifer Morgan
Pengarah/pengurusAyesha Imam, Norma Torres 
Organisasi utamaLembaga Pengarah, dipilih oleh Mesyuarat Agung Tahunan
SubsidiariGreenpeace France, Greenpeace India, Greenpeace Germany, Greenpeace Asia Timur, Greenpeace USA 
Perangkaan
Belanjawan 236.9 juta (2011)
Hasil/pendapatan 410,000,000 (2020) 
Kakitangan/pekerja 2,400 (2008)
Sukarelawan 15,000
Maklumat lain
Lihat artikel untuk maklumat lanjut mengenai pembentukan.
Dahulunya dikenali sebagaiDon't Make a Wave Committee (1969-1972)
Anugerah
Free Your Mind (1994), Ozone Award (1991) 
Lokasi
Peta global lokasi pejabat Greenpeace
Ibu pejabatAmsterdam, Belanda
Lokasi
  • Belanda 
Koordinat52°21′0.8″N 4°49′56.6″E 
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
sunting · sunting di Wikidata

Greenpeace ialah pertubuhan alam sekitar bukan kerajaan dengan pejabat di lebih daripada 39 buah negara dan dengan badan penyelaras antarabangsa di Amsterdam, Belanda.

Greenpeace diasaskan oleh Irving dan Dorothy Stowe, aktivis alam sekitar Kanada dan Amerika Syarikat pada tahun 1971. Greenpeace menyatakan matlamatnya ialah "memastikan keupayaan Bumi untuk memelihara kehidupan di semua biodiversiti" dan menumpukan kempennya ke atas isu-isu di seluruh dunia seperti perubahan iklim, penebangan hutan, penangkapan ikan yang berlebihan, penangkapan ikan paus komersial, kejuruteraan genetik, dan isu-isu anti-nuklear. Ia menggunakan tindakan langsung, melobi, penyelidikan, dan ekotej bagi mencapai matlamatnya. Pertubuhan ini tidak menerima dana dari kerajaan, perbadanan, atau parti politik, bergantung pada 2.9 juta penyokong individu dan geran yayasan. Greenpeace mempunyai status konsultatif awam dengan Majlis Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan merupakan ahli pengasas INGO Accountability Charter; sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang berhasrat untuk memupuk akauntabiliti dan ketelusan pertubuhan bukan kerajaan.

Greenpeace dikenali dengan tindakan langsung dan telah digambarkan sebagai organisasi alam sekitar yang paling nyata di dunia. Greenpeace telah membangkitkan isu alam sekitar kepada pengetahuan umum, dan mempengaruhi sektor awam dan swasta. Greenpeace juga telah menjadi sumber kontroversi; motif dan kaedahnya (sesetengah daripadanya haram) telah mengundang kritikan,< termasuk surat terbuka dari lebih 100 pemenang Hadiah Nobel mendesak Greenpeace untuk mengakhiri kempennya terhadap organisma terubah suai secara genetik (GMO). Tindakan langsung organisasi telah mencetuskan tindakan undang-undang terhadap aktivis Greenpeace, seperti denda dan hukuman digantung untuk memusnahkan plot ujian gandum diubahsuai secara genetik dan memusnahkan Garisan Nazca, sebuah tapak Warisan Dunia PBB di Peru.