Kawasan Kuching Raya
Kuching Raya Greater Kuching | |
|---|---|
| Wilayah Metropolitan Kuching | |
Kawasan bandar raya Kuching | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Sarawak |
| Bahagian | Bahagian Kuching |
| Bandar utama | Kuching |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 2,030.94 km2 (784.15 batu persegi) |
| Penduduk (2019) | |
| • Jumlah | 684,112 |
| • Kepadatan | 754.33/km2 (1,953.7/batu persegi) |
| Zon waktu | UTC+8 (MST) |
| Kod Kawasan | 082 |
Wilayah Metropolitan Kuching, juga dikenali sebagai Kuching Raya (Bahasa Inggeris: Greater Kuching) merujuk kepada kawasan perbandaran metropolitan di sekitar bandar raya Kuching di Sarawak, Malaysia. Pembangunan Kuching Raya adalah diilhamkan sepenuhnya daripada pembangunan kawasan kosmopolitan Kuala Lumpur Raya. Kuching adalah ibu kota negeri Sarawak dan merupakan bandar yang terbesar di negeri tersebut, mencakupi keluasan kawasan sebanyak 2030.94 kilometer persegi (bersamaan dengan 501,856.20 ekar).
Pusat perekonomian dan tumpuan Kuching adalah kawasan kecil di tebing Sungai Sarawak yang dikenali sebagai Kuching Central Business District (Kuching CBD). Terjadi di sekitar Kuching sehingga melampaui sempadan bandar di sebelah tenggara dan sehingga ke daerah Samarahan. Kuching Raya juga merangkumi kawasan daerah-daerah Bau, Lundu, Siburan, Serian, Gedong, Balai Ringin, Pantu, dan Lachau.