Daerah Siburan

Daerah Kecil Siburan
Daerah Kecil Siburan
Koordinat: 1°15′43″N 110°20′18″E / 1.2618552°N 110.3382270°E / 1.2618552; 110.3382270
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Serian
Pentadbiran
 • Pihak berkuasa tempatan
Keluasan
 • Jumlah359.7 km2 (138.9 batu persegi)
Penduduk
 (2015)
 • Jumlah72,148
 • Kepadatan200/km2 (520/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)

Daerah Siburan ialah sebuah daerah dan bekas daerah kecil di negeri Sarawak Bumi Kenyalang, Malaysia. Ia adalah sebahagian daripada Bahagian Serian yang merangkumi Serian, Siburan, Balai Ringin dan Tebedu. Sebelum ini, Siburan merupakan sebuah daerah kecil dalam Bahagian Kuching, Sarawak dan kini menjadi daerah penuh pada 2021. Majoriti penduduk yang tinggal di kawasan daerah ini adalah masyarakat yang berbangsa Bidayuh, namun ada sebahagian kecil masyarakat Iban dan masyarakat Cina kini menetap secara kekal di kawasan ini.

Pekan pentadbiran bagi daerah ini ialah Siburan. Daerah Siburan mempunyai keluasan lebih/kurang 359.7 kilometer persegi (35,970.0 he). Jumlah penduduk yang tinggal di Daerah Siburan ialah seramai 72,148 orang dengan kepadatan 200 orang perkilometer persegi pada tahun 2015 yang dikategorikan sebagai taburan penduduk yang padat.