Grand Prix Turki 2006
| Maklumat perlumbaan | ||
|---|---|---|
| Perlumbaan ke-14 daripada 18 dalam Formula Satu musim 2006. | ||
Istanbul Park | ||
| Tarikh | 27 Ogos 2006 | |
| Nama rasmi | II Petrol Ofisi Turkish Grand Prix | |
| Lokasi | Istanbul Park, Istanbul, Turki | |
| Litar | Litar perlumbaan tetap 5.34 km (3.32 batu) | |
| Jarak | 58 pusingan, 309.72 km (192.56 batu) | |
| Cuaca | Cerah, panas | |
| Petak pertama | ||
| Pemandu | Felipe Massa | Ferrari |
| Masa | 1:26.907 | |
| Pusingan terpantas | ||
| Pemandu | Michael Schumacher | Ferrari |
| Masa | 1:28.005 pada pusingan ke-55 | |
| Podium | ||
| Pertama | Felipe Massa | Ferrari |
| Kedua | Fernando Alonso | Renault |
| Ketiga | Michael Schumacher | Ferrari |
Grand Prix Turki 2006 ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan pada 27 Ogos 2006. Perlumbaan ini, yang merupakan pusingan ke-14 dalam Formula Satu musim 2006, dan merupakan Grand Prix Turki yang kedua, diadakan di Istanbul Park di Istanbul, Turki. Perlumbaan ini merupakan kemenangan pertama, dan petak pertama yang pertama bagi Felipe Massa, yang memandu untuk pasukan Ferrari. Fernando Alonso, yang memandu untuk Renault, mendapat tempat kedua dan rakan sepasukan Massa, Michael Schumacher, mendapat tempat ketiga.