Grand Prix Sepanyol 2013

  Grand Prix Sepanyol 2013
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-5 daripada 19 dalam Formula Satu musim 2013.

Circuit de Catalunya
Tarikh 12 Mei 2013
Nama rasmi 2013 Formula 1 Gran Premio de España
Lokasi Circuit de Catalunya
Montmeló, Sepanyol
Litar Litar perlumbaan tetap
4.655 km (2.892 batu)
Jarak 66 pusingan, 307.024 km (190.826 batu)
CuacaCerah
Petak pertama
Pemandu Nico Rosberg Mercedes
Masa 1:20.718
Pusingan terpantas
Pemandu Esteban Gutiérrez Sauber-Ferrari
Masa 1:26.217 pada pusingan ke-56
Podium
Pertama Fernando Alonso Ferrari
Kedua Kimi Räikkönen Lotus-Renault
Ketiga Felipe Massa Ferrari
Peneraju pusingan

Grand Prix Sepanyol 2013 (nama rasmi: 2013 Formula 1 Gran Premio de España) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang berlangsung pada 12 Mei 2013 di Circuit de Catalunya, di Montmeló, Sepanyol. Perlumbaan ini merupakan yang kelima dalam kalendar Formula Satu musim 2013, dan merupakan Grand Prix Sepanyol ke-43 dalam Kejuaraan Dunia Formula Satu, dan yang ke-23 untuk diadakan di Catalunya.

Nico Rosberg mendapat petak pertama, di hadapan rakan sepasukan, Lewis Hamilton. Fernando Alonso memenangi perlumbaan ini, di hadapan pemandu Lotus-Renault, Kimi Räikkönen, dan rakan sepasukannya dari Ferrari, Felipe Massa. Pemandu yang mendapat petak pertama, Nico Rosberg, menamatkan perlumbaan di tempat keenam.