Grand Prix San Marino 2006
| Maklumat perlumbaan | ||
|---|---|---|
| Perlumbaan ke-4 daripada 18 dalam Formula Satu musim 2006. | ||
Litar Imola | ||
| Tarikh | April 23 2006 | |
| Nama rasmi | XXVI Gran Premio Foster's di San Marino | |
| Lokasi | Autodromo Enzo e Dino Ferrari Imola, Emilia-Romagna, Itali | |
| Litar | Litar perlumbaan tetap 4.933 km (3.065 batu) | |
| Jarak | 62 pusingan, 305.609 km (189.897 batu) | |
| Petak pertama | ||
| Pemandu | Michael Schumacher | Ferrari |
| Masa | 1:22.795 | |
| Pusingan terpantas | ||
| Pemandu | Fernando Alonso | Renault |
| Masa | 1:24.569 pada pusingan ke-23 | |
| Podium | ||
| Pertama | Michael Schumacher | Ferrari |
| Kedua | Fernando Alonso | Renault |
| Ketiga | Juan Pablo Montoya | McLaren-Mercedes |
Grand Prix San Marino 2006 (nama rasmi: XXVI Gran Premio Foster's di San Marino) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Autodromo Enzo e Dino Ferrari di Imola, Itali pada 23 April 2006. Perlumbaan ini dipertandingkan sebanyak 62 pusingan, dan merupakan pusingan keempat dalam kejuaraan Formula Satu musim 2006, dan juga merupakan Grand Prix San Marino yang ke-26. Perlumbaan ini dimenangi oleh pemandu Ferrari, Michael Schumacher, yang bermula dari petak pertama. Fernando Alonso mendapat tempat kedua untuk pasukan Renault, manakala Juan Pablo Montoya mendapat tempat ketiga untuk pasukan McLaren.
Ini merupakan kemenangan ketujuh Schumacher di Grand Prix San Marino. Sehingga kini, ini merupakan Grand Prix San Marino yang terakhir untuk diadakan dalam kalendar Formula Satu.