Grand Prix Malaysia 2012
| Maklumat perlumbaan | ||
|---|---|---|
| Perlumbaan ke-2 daripada 20 dalam Formula Satu musim 2012. | ||
| Tarikh | 25 Mac 2012 | |
| Nama rasmi | 2012 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix | |
| Lokasi | Litar Antarabangsa Sepang Sepang, Selangor, Malaysia | |
| Litar | Litar perlumbaan tetap 5.543 km (3.444 batu) | |
| Jarak | 56 pusingan, 310.408 km (192.879 batu) | |
| Cuaca | Hujan lebat, kemudiannya berawan, dan kering.Suhu udara 26 °C (79 °F) | |
| Petak pertama | ||
| Pemandu | Lewis Hamilton | McLaren-Mercedes |
| Masa | 1:36.219 | |
| Pusingan terpantas | ||
| Pemandu | Kimi Räikkönen | Lotus-Renault |
| Masa | 1:40.722 pada pusingan ke-53 | |
| Podium | ||
| Pertama | Fernando Alonso | Ferrari |
| Kedua | Sergio Pérez | Sauber-Ferrari |
| Ketiga | Lewis Hamilton | McLaren-Mercedes |
Grand Prix Malaysia 2012 (nama rasmi: 2012 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan motor Formula Satu yang berlangsung pada 25 Mac 2012 di Litar Antarabangsa Sepang. Perlumbaan yang dipertandingkan sebanyak 56 pusingan ini dimenangi oleh Fernando Alonso dari Scuderia Ferrari. Sergio Pérez mendapat podium pertama kerjayanya dengan mendapat tempat kedua, manakala Lewis Hamilton mendapat tempat ketiga.