Grand Prix Malaysia 1999
| Maklumat perlumbaan | ||
|---|---|---|
| Perlumbaan ke-15 daripada 16 dalam Formula Satu musim 1999. | ||
Litar Antarabangsa Sepang (litar baru) | ||
| Tarikh | 17 Oktober 1999 | |
| Nama rasmi | I Petronas Malaysian Grand Prix | |
| Lokasi | Sepang, Malaysia | |
| Litar | Litar perlumbaan tetap 5.542 km (3.444 batu) | |
| Jarak | 56 pusingan, 310.352 km (192.853 batu) | |
| Cuaca | Berawan, panas, kering | |
| Petak pertama | ||
| Pemandu | Michael Schumacher | Ferrari |
| Masa | 1:39.688 | |
| Pusingan terpantas | ||
| Pemandu | Michael Schumacher | Ferrari |
| Masa | 1:40.267 pada pusingan ke-25 | |
| Podium | ||
| Pertama | Eddie Irvine | Ferrari |
| Kedua | Michael Schumacher | Ferrari |
| Ketiga | Mika Häkkinen | McLaren-Mercedes |
Grand Prix Malaysia 1999 ialah sebuah perlumbaan Formula Satu yang diadakan pada 17 Oktober, 1999, di Litar Antarabangsa Sepang berdekatan Sepang, Malaysia. Ini merupakan perlumbaan ke-15 dalam kalendar Formula Satu musim 1999.
Ini merupakan Grand Prix Malaysia yang pertama sejak Grand Prix Malaysia 1995, iaitu sebuah acara Formula Holden. Ini merupakan kali pertama Grand Prix Malaysia mengadakan sebuah acara Formula 1.
Michael Schumacher kembali ke Formula Satu selepas pulih daripada kecederaanya, dan mengantikan Mika Salo di Ferrari. Selepas perlumbaan ini, kedua-dua pemandu Ferrari disingkirkan selepas melanggar peraturan aerodinamik kereta. Oleh itu, Mika Häkkinen diberikan kejuaraan dunia keduanya, dan Johnny Herbert hampir mendapat dua podium berturut-turut. Bagaimanapun, Ferrari melawan keputusan FIA di mahkamah dan kedua-dua pemandu tersebut dimasukan semula dalam klasifikasi.