Grand Prix Kanada 2007

  Grand Prix Kanada 2007
Maklumat perlumbaan
Perlumbaan ke-6 daripada 17 dalam Formula Satu musim 2007.

Tarikh 10 Jun 2007
Nama rasmi XLIV Grand Prix du Canada
Lokasi Circuit Gilles Villeneuve, Montreal, Kanada
Litar Litar jalan
4.361 km (2.71 batu)
Jarak 70 pusingan, 305.27 km (189.7 batu)
Petak pertama
Pemandu Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
Masa 1:15.707
Pusingan terpantas
Pemandu Fernando Alonso McLaren-Mercedes
Masa 1:16.367 pada pusingan ke-46
Podium
Pertama Lewis Hamilton McLaren-Mercedes
Kedua Nick Heidfeld BMW Sauber
Ketiga Alexander Wurz Williams-Toyota
Peneraju pusingan

Grand Prix Kanada 2007 ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan pada 10 Jun 2007, di Circuit Gilles Villeneuve di Montreal, Kanada. Ia merupakan perlumbaan keenam dalam kalendar Formula Satu musim 2007. Perlumbaan ini dimenangi oleh Lewis Hamilton, dari pasukan McLaren. Beliau merupakan orang kulit hitam pertama untuk memenangi sebuah Grand Prix Formula Satu. Nick Heidfeld mendapat tempat kedua, dan diikuti oleh Alexander Wurz di tempat ketiga. Ini merupakan Grand Prix pertama dalam musim 2007 bahawa pemandu dari pasukan lain daripada Ferrari dan McLaren mendapat kedudukan podium.

Kereta keselamatan dikeluarkan sebanyak empat kali dalam perlumbaan ini. Felipe Massa dan Giancarlo Fisichella disingkirkan dari perlumbaan selepas gagal untuk berhenti pada hujung lorong pit semasa lorong pit ditutup.