Grand Prix Abu Dhabi 2012
| Maklumat perlumbaan | ||
|---|---|---|
| Perlumbaan ke-18 daripada 20 dalam Formula Satu musim 2012. | ||
Litar Yas Marina | ||
| Tarikh | 4 November 2012 | |
| Nama rasmi | 2012 Formula 1 Etihad Airways Abu Dhabi Grand Prix | |
| Lokasi | Pulau Yas, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu | |
| Litar | Litar Yas Marina 5.554 km (3.451 batu) | |
| Jarak | 55 pusingan, 305.470 km (189.805 batu) | |
| Cuaca | Kering
Suhu udara 29 °C (84 °F) Suhu udara 34 °C (93 °F) jatuh ke 29 °C (84 °F) | |
| Petak pertama | ||
| Pemandu | Lewis Hamilton | McLaren-Mercedes |
| Masa | 1:40.630 | |
| Pusingan terpantas | ||
| Pemandu | Sebastian Vettel | Red Bull-Renault |
| Masa | 1:43.964 pada pusingan ke-54 | |
| Podium | ||
| Pertama | Kimi Räikkönen | Lotus-Renault |
| Kedua | Fernando Alonso | Ferrari |
| Ketiga | Sebastian Vettel | Red Bull-Renault |
Grand Prix Abu Dhabi 2012 (nama rasmi: 2012 Formula 1 Etihad Airways Abu Dhabi Grand Prix) ialah sebuah perlumbaan bermotor Formula Satu yang diadakan di Litar Yas Marina di Pulau Yas, di Emiriah Arab Bersatu. Perlumbaan ini diadakan pada 4 November 2012, dan merupakan perlumbaan yang ke-18 dalam musim 2012, dan merupakan Grand Prix Abu Dhabi yang keempat.
Perlumbaan ini dimenangi oleh Kimi Räikkönen, dari Lotus, selepas Lewis Hamilton bersara ketika mendahului perlumbaan. Ia merupakan kemenangan yang pertamanya sejak beliau kembali ke Formula Satu. Fernando Alonso mendapat tempat kedua, dan pendahulu Kejuaraan Pemandu Dunia, Sebastian Vettel, yang bermula dari lorong pit, mendapat tempat ketiga.