Gram-positif

Gram-positif ialah bakteria yang mempertahankan zat warna kristal ungu sewaktu proses pewarnaan Gram sehingga berwarna biru atau ungu di bawah mikroskop.

Dalam erti kata lain, bakteria gram-negatif akan berwarna merah atau merah muda. Perbezaan kedua-duanya berdasarkan pada perbezaan struktur dinding sel yang berbeza dan dapat dinyatakan oleh prosedur pewarnaan Gram. Prosedur ini ditemui pada tahun 1884 oleh ahli sains Denmark bernama Christian Gram dan merupakan prosedur penting dalam klasifikasi bakteria.

Bakteria gram positif seperti Staphylococcus aureus (bakteria patogen yang umum pada manusia) hanya mempunyai membran plasma tunggal yang dikelilingi dinding sel tebal berupa peptidoglikan. Sekitar 90 perTus dari dinding sel tersebut tersusun atas peptidoglikan manakala sisanya berupa molekul lain bernama asid teikhoat. Di sisi lain, bakteria gram negatif (seperti E. coli) memiliki sistem membran berganda di mana membran plasmanya diselimuti oleh membran luar permeabel. Bakteria ini mempunyai dinding sel tebal berupa peptidoglikan, yang terletak di antara membran dalam dan membran luarnya.