Gonatopus (tumbuhan)
| Gonatopus | |
|---|---|
| Gonatopus boivinii dalam penanaman. | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Plantae |
| Klad: | Trakeofit |
| Klad: | Monokot |
| Order: | Alismatales |
| Keluarga: | Araceae |
| Subkeluarga: | Zamioculcadoideae |
| Genus: | Gonatopus Hook.f. ex Engl. |
| Spesies | |
|
Lihat teks | |
Gonatopus ialah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Araceae yang terdiri daripada kira-kira lima spesies. Genus ini datang dari timur dan tenggara Afrika dan berkait rapat dengan Zamioculcas. Tumbuhan ini selalunya mengeluarkan hanya satu daun dari umbinya ketika dalam pertumbuhan. Untuk G. boivinii, daunnya tiga lelipan (tripinnate), dengan tangkai mampu mencapai lebih daripada 1 m ketinggian dan 40 cm lebar; anak daun berasingannya melebihi 10 cm panjang dan 3.5 cm lebar. Untuk G. angustus pula daunnya boleh mencapai 1.5 m tinggi. Seludang muncul dari umbi pada lewat musim bunga.