Penggodaan
Dalam bidang sosiologi, penggodaan ialah proses menarik seseorang dengan tujuan melakukan kelakuan seks, sama ada beniat baik mahupun sebaliknya. Dalam sejarah terdapat tokoh-tokoh yang terkenal kerana menggoda seperti Cleopatra, Giacomo Casanova, dan watak cereka Don Juan.
Penggodaan melibatkan perbuatan menarik dan memikat seseorang dengan penuh berahi, agar mempengaruhi kelakuan sasarannya. Asalnya, perkataan "goda" membawa erti menyesatkan seseorang, seperti wanita memikat lelaki agar berhubungan seks. Kini, konsep godaan sudah luas pengertiannya, termasuk bersinonim dengan tindakan memukau baik lelaki mahupun perempuan melalui tarikan kepada perasaan. Penggoda tidak semestinya manusia pun, seperti muzik atau makanan.