Giacomo Casanova
Giacomo Casanova | |
|---|---|
Potret lakaran adiknya, Francesco | |
| Kelahiran | 2 April 1725 |
| Meninggal dunia | 4 Jun 1798 (umur 73) |
| Ibu bapa | Gaetano Giuseppe Casanova Zanetta Farussi |
Giacomo Girolamo Casanova [ˈdʒaːkomo dʒiˈrɔːlamo kazaˈnɔːva, - kasa-; ja-ko-mo ji-ro-la-mo ka-sa-no-va] (2 April 1725 – 4 Jun 1798) merupakan seorang pengembara dan penulis kelahiran Republik Venezia. Beliau sangat dikenali atas hubungan sulit yang banyak bersama sebilangan wanita yang berkenalan dengannya, sambil juga berada dalam lingkungan tokoh-tokoh terkenal dan berpengaruh sezamannya, tidak sahaja dalam kalangan penulis seperti Voltaire, Goethe dan Mozart tetapi malah juga dalam kalangan agamawan seperti kardinal dan Paus sendiri.
Beliau menghabiskan senja hidupnya di Bohemia sebagai pustakawan seorang pembesar bergelar Graf; di situ jugalah beliau mengabadikan hidup penuh warnanaya dalam autobiografi Histoire de ma vie ("Kisah Hidupku") yang banyak menggambarkan secara terperinci gaya hidup dan adat resam yang lazim di Eropah pada abad ke-18.