Giroskop
Giroskop (daripada istilah bahasa Yunani Purba γῦρος gûros, "bulatan" dan σκοπέω skopéō, "melihat") atau gegasing ialah sejenis alat yang digunakan untuk mengukur atau mengekalkan orientasi dan halaju sudut. Ia terdiri daripada roda atau cakera yang berputar di mana paksi putarannya bebas berada di mana-mana kedudukan dengan sendirinya. Apabila giroskop ini berpusing, kedudukan paksi tidak terjejas daripada condongan mahupun pusingan tapak berdirinya sepertimana menurut keabadian momentum sudut.