Gina Rodriguez

Gina Rodriguez
Rodriguez di PaleyFest 2014
Kelahiran
Gina Alexis Rodriguez

(1984-07-30) 30 Julai 1984
WarganegaraAmerika
Pusat pendidikanUniversiti New York
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pengarah
Tahun aktif2004–kini
PasanganJoe LoCicero (k. 2019)
Ibu bapaMagali Martinez
Gino Rodriguez
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "residence"

Gina Alexis Rodriguez-LoCicero (née Rodriguez; lahir 30 Julai 1984) ialah seorang pelakon dan pengarah Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan peranan utamanya sebagai Jane Villanueva dalam siri romantik komedi satira CW Jane the Virgin (2014-2019), yang mana beliau menerima Anugerah Golden Globe pada 2015.

Dilahirkan dan dibesarkan di Chicago, Rodriguez memulakan kerjayanya pada tahun 2004 dalam produksi teater dan membuat penampilan sulung layarnya dalam satu episod siri drama prosedur polis Law & Order. Kejayaannya hadir pada 2012, dalam filem drama bebas Filly Brown. Beliau telah melakonkan filem-filem seperti Deepwater Horizon (2016), Ferdinand (2017), Annihilation (2018), Miss Bala (2019), dan Someone Great (2019). Beliau juga menyuarakan watak tajuk siri aksi pengembaraan animasi Netflix Carmen Sandiego (2019–kini).