Ghazali Sumantri

Ghazali Sumantri
Ghazali Sumantri semasa zaman mudanya
Kelahiran
Ghazali bin Ramli

1930
Meninggal dunia1 Januari 2001 (berumur 70–71)
Hospital Seberang Jaya, Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaysia
Sebab kematianSerangan jantung, radang sendi dan angin ahmar
PekerjaanPelakon, penolong pengarah
Tahun aktif1952–1992
Terkenal kerana
PasanganSeri Dewi (k. 1964; m. 2001)
Anak-anak5

Ghazali Ramli atau lebih terkenal sebagai Ghazali Sumantri (1930 – 1 Januari 2001) merupakan seorang pelakon filem Melayu era hitam putih, yang paling dikenali dengan memainkan watak sultan dengan memainkan watak raja dalam trilogi Aladdin bersama Ali Rahman, Mariam, Jaafar Shah dan M. Amin.

Pernah bekerja sebagai seorang anak kapal sebelumnya. Selepas menceburkan diri ke dalam bidang lakonan, beliau telah berlakon dalam 70 buah filem sepanjang kerjayanya. Ghazali telah meminati bidang seni sejak zaman kanak-kanaknya lagi, sebelum bekerja sebagai anak kapal. Sungguhpun begitu, minatnya dalam bidang seni membuatkan beliau sering berulang-alik ke Studio Cathay-Keris Film Productions apabila berehat antara pelayaran sebagai anak kapal. Di sana, perwatakan dan gayanya telah menarik minat pihak studio dan dia telah mendapat peluang untuk berlakon, dan sejak dari itu, dia tidak lagi menoleh ke belakang.