Getaran Jiwa

"Getaran Jiwa"
Lagu oleh P. Ramlee
daripada album runut bunyi Antara Dua Darjat
BahasaMelayu
Dilancarkan28 Mei 1960
GenrePop
SyarikatMalay Film Productions Ltd.
PenulisS. Sudarmaji
PenggubahP. Ramlee
sunting · sunting di Wikidata

Getaran Jiwa adalah sebuah lagu yang digubah dan dirakam oleh P. Ramlee serta ditulis S. Sudarmaji. Lagu ini juga dinyanyikan oleh beliau yang melakonkan watak Ghazali, kepada Tengku Zaleha (Saadiah) dalam filem Antara Dua Darjat yang ditayangkan pada tahun 1960. Lagu Getaran Jiwa telah mencapai taraf "malar hijau" sehingga ramai artis lain yang merakam semula lagu ini dalam pelbagai bentuk, dari dahulu hingga kini. Lagu ini juga pernah disadur oleh pengubah lagu asing iaitu Lobo dengan tajuk Whispers in the Wind. Lagu ini masih diminati sehingga kini sebagaimana yang dipersembahkan oleh Jamal Abdillah melalui konsert Jamal... Kembara Seniman pada tahun 2009.