Getah nitril

Getah nitril
Pengecam
ChemSpider
  • None
ECHA InfoCard 100.107.385
Kecuali jika dinyatakan sebaliknya, data diberikan untuk bahan-bahan dalam keadaan piawainya (pada 25 °C [77 °F], 100 kPa).
 Y pengesahan (apa yang perluY/N?)
Rujukan kotak info

Getah nitril (Jawi: ڬته نيتريل‎ ​), juga dikenali sebagai getah nitril butadiena (Jawi: ڬته نيتريل بوتادينا‎ ​), NBR, Buna-N, dan getah akrilonitril butadiena (Jawi: ڬيته اكريلونيتريل بوتادينا‎ ​), adalah getah sintetik yang terhasil daripada akrilonitril (ACN) dan butadiena. Nama dagangan termasuk Perbunan, Nipol, Krynac, dan Europrene. Getah ini luar biasa kerana ianya tahan terhadap minyak, bahan api, dan bahan kimia lain.

NBR digunakan dalam industri automotif dan aeronautik untuk membuat hos pengendalian bahan api dan minyak, pengedap, grommet, dan tangki bahan api swakedap. Ia juga digunakan dalam industri perkhidmatan makanan, perubatan, dan nuklear untuk membuat sarung tangan pelindung. Kestabilan NBR pada suhu dari −40 hingga 108 °C (−40 hingga 226 °F) menjadikannya bahan yang ideal untuk aplikasi aeronautik. Nitril butadiena juga digunakan untuk menghasilkan barang acuan, kasut, pelekat, bahan pengedap, span, busa kembang, dan alas lantai.

Kebingkasannya menjadikan NBR bahan yang berguna untuk sarung tangan makmal, pembersihan dan pemeriksaan pakai buang. Getah nitril lebih tahan berbanding getah asli terhadap minyak dan asid dan mempunyai kekuatan yang lebih tinggi tetapi mempunyai fleksibiliti yang lebih rendah.