Geseran uvular tak bersuara
| Nombor AFA | 142 | ||
|---|---|---|---|
| Pengekodan | |||
| X-SAMPA | X | ||
| |||
| Sampel audio | |||
|
sumber · bantuan | |||
Geseran uvular tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara χ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan X dalam X-SAMPA.
Lambang IPA [χ] yang berasal dari huruf khi kecil dalam abjad Yunani, tidak wajar disamakan dengan [x] iaitu lambang geseran velar tak bersuara, biarpun serupa bunyinya kerana daerah artikulasi masing-masing yang bersebelahan.