Geseran velar tak bersuara

Nombor AFA140
Pengekodan
X-SAMPAx
Imej
Sampel audio
sumber · bantuan

Geseran velar tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara x dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan x dalam X-SAMPA.

Dalam bahasa Melayu, ciri ini dipinjam dari bahasa Arab dan dilambangkan oleh huruf خkha serta dieja sedemikian dalam tulisan Jawi; sebutan ini cenderung terganti dengan fonem /k/ untuk penutur yang kurang mengetahui asal-usul perkataan pinjaman disebut. Sistem Ejaan yang Disempurnakan dipakai serantau sejak tahun 1972 melambangkan bunyi ini dengan dwihuruf kh (contohnya: khidmat خدمة‎, akhbar اخبار‎, tarikh تريخ‎); sebelum itu, sistem-sistem ejaan Republik dan van Ophuijsen di Indonesia menggunakan dwilambang ch mengikut kelaziman bahasa Belanda.