Gerd Müller

Gerd Müller
Müller pada tahun 2007
Maklumat peribadi
Nama penuh Gerhard Müller
Tarikh lahir (1945-11-03)3 November 1945
Tempat lahir Nördlingen, Jerman
Tarikh kematian 15 Ogos 2021(2021-08-15) (umur 75)
Tempat kematian Wolfratshausen, Jerman
Ketinggian 176 cm (5 ka 9 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1958–1963 1861 Nördlingen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1963–1964 1861 Nördlingen 31 (51)
1964–1979 Bayern Munich 453 (398)
1979–1981 Fort Lauderdale Strikers 71 (38)
Jumlah 555 (487)
Pasukan kebangsaan
1966 Jerman Barat B23 1 (1)
1966–1974 Jerman Barat 62 (68)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Gerhard "Gerd" Müller (Sebutan bahasa Jerman: [ˈɡɛɐ̯t ˈmʏlɐ]; 3 November 1945 – 15 Ogos 2021) merupakan bekas pemain bola sepak Jerman. Seorang penyerang berprolifik, terkenal dengan kemahiran penyudahnya lebih-lebih lagi di dalam kotak penalti. Beliau diakui salah satu penyerang terhebat sepanjang zaman.

Di peringkat antarabangsa bersama pasukan Jerman Barat, beliau telah menjaringkan 68 gol dalam 62 kemunculan antarabangsanya. Bersama kelab Bayern Munich, beliau meletakkan rekod dengan 365 jaringan gol dalam 427 perlawanan Bundesliga. Di peringkat Eropah, Müller mencipta rekod dengan menyumbat 66 gol dalam 74 perlawanan Eropah. Dengan purata satu gol satu perlawanan bersama pasukan Jerman Barat, Müller kini di tempat ke-12 dalam senarai penjaring terbanyak dalam perlawanan antarabangsa sepanjang masa walaupun beliau kurang beraksi berbanding 25 pemain teratas. Dalam kalangan penjaring terbanyak, beliau mempunyai nisbah gol-perlawanan.

Beliau digelar "Bomber der Nation" ("pengebom negara") atau secara ringkasnya "Der Bomber", Müller dinamakan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik Eropah pada 1970. Selepas menempuh musim yang cemerlang di Bayern Munich, beliau menjaringkan sepuluh gol sepanjang kempen Piala Dunia 1970 dan dianugerahkan Kasut Emas selaku penjaring terbanyak. Dalam kejohanan Piala Dunia 1974, beliau menjaringkan empat gol termasuklah gol kemenangan pada perlawanan akhir. Müller memegang rekod penjaring terbanyak Piala Dunia sepanjang zaman dengan 14 gol selama 32 tahun. Pada tahun 1999, Müller di kedudukan kesembilan dalam pengundian Pemain Eropah Abad Ini oleh International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) dan beliau di tempat ke-13 dalam pengundian World Player of the Century. Pada tahun 2004, Pelé meletakkan Müller dalam FIFA 100, senarai pemain bola sepak terhebat.