Gerakan Payung

Pergerakan Payung (Bahasa Cina: 雹悘運拕, bahasa Inggeris: Umbrella Movement,) ialah suatu pergerakan politik yang muncul sewaktu tunjuk perasaan yang berlaku di Hong Kong pada tahun 2014. - tunjuk perasaan tersebut digiatkan di serata negeri kota itu dengan tujuan menuntut pilihan raya yang lebih bebas, selepas Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Negara China menetapkan suatu saringan calon-calon untuk pilihan raya memilih Ketua Eksekutif Hong Kong pada 31 Ogos 2014.

Istilah "Pergerakan Payung" ini datangnya daripada penggunaan payung oleh penunjuk perasaan untuk menangkis serangan gas pemedih mata polis sewaktu protes besar-besaran berlaku di seluruh Hong Kong.