Tunjuk perasaan Hong Kong 2014
Seberapa tunjuk perasaan duduk jalanan yang dikenali sebagai "Revolusi Payung" (Umbrella Revolution, Cina tradisional: 雨傘革命; pinyin: Yǔsǎn gémìng) ataupun "Pergerakan Payung" (Umbrella Movement, Cina tradisional: 雨傘運動; pinyin: Yǔsǎn yùndòng), berlangsung di Hong Kong dari 26 September hingga 15 Disember 2014. Protes ini berlaku berikutan keputusan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Negara berkaitan pembaharuan ke atas dasar-dasar pengundian Hong Kong pada tahun 2014. Keputusan yang dinyatakan oleh jawatankuasa ini dianggap orang ramai sebagai menyepitkan serta mirip saringan calon-calon pilihanraya Ketua Eksekutif kawasan itu yang dilakukan Parti Komunis China.