George Westinghouse

George Westinghouse
Westinghouse pada 1884
Kelahiran(1846-10-06)6 Oktober 1846
Central Bridge, New York
Meninggal dunia12 Mac 1914(1914-03-12) (umur 67)
New York City, New York
WarganegaraAmerika Syarikat
PasanganMarguerite Erskine Walker (k. 1867)
Anak-anakGeorge Westinghouse III
AnugerahPingat John Fritz (1906)
Pingat IEEE Edison (1911)
Tandatangan

George Westinghouse Jr. (6 Oktober 1846 – 12 Mac 1914) ialah seorang ahli perniagaan dan jurutera Amerika Syarikat berasal dari Pennsylvania. Westinghouse mencipta brek udara kereta api dan merupakan pelopor kepada industri elektrik. Beliau mendaftarkan paten pertamanya pada usia 19 tahun. Westinghouse melihat potensi arus bolak-balik sebagai sistem pengagihan elektrik pada awal dekad 1880-an, sehingga berjaya membangunkan dan memasarkannya, dan akhirnya harus bersaing dengan sistem arus terus ciptaan Edison. Pada tahun 1911, Westinghouse menerima Pingat Edison dari AIEE "atas pencapaian luar biasanya dalam membamgunkan sistem arus bolak-balik."