Georg Ohm

Georg Simon Ohm
Kelahiran(1789-03-16)16 Mac 1789
Erlangen, Brandenburg-Bayreuth
(kini Jerman)
Meninggal dunia6 Julai 1854(1854-07-06) (umur 65)
WarganegaraJerman
Pusat pendidikanUniversiti Erlangen
Terkenal keranaHukum Ohm
Hukum Fasa Akustik Ohm
Hukum Akustik Ohm
AnugerahPingat Copley (1841)
Kerjaya saintifik
Bidangfizik (elektrik)
InstitusiUniversiti Munich
Penasihat kedoktoranKarl Christian von Langsdorf
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox scientist dengan parameter tidak diketahui "1 = 250px "
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox scientist dengan parameter tidak diketahui "residence"

Georg Simon Ohm (bahasa Jerman: [oːm]; 16 Mac 1789 di Erlangen, Jerman – 6 Julai 1854 di Munich) ialah pakar fizik dan ahli matematik Jerman. Beliau meninggal dunia pada usia 65 tahun. Beliau menuntut ilmu matematik di Universiti Erlangen dan mendapat ijazah kedoktoran pada tahun 1811.

Semasa menjadi guru sekolah, Ohm telah memulakan kajian dengan sel elektrokimia, yang dicipta oleh saintis Itali bernama Alessandro Volta. Dengan menggunakan peralatan hasil ciptaannya sendiri, Ohm berhasil menemukan hukum asas elektrik yang menjadi dasar bagi lahirnya teori-teori elektrik yang lain. Teori elektrik yang ditemukan oleh Ohm itu disebut sebagai Hukum Ohm yang menyatakan bahawa kebanyakan arus yang mengalir dalam rangkaian tertutup berkadar terus dengan jumlah keupayaan yang terdapat pada jepit catu daya dan berkadar songsang dengan jumlah rintangan yang dilaluinya (Persamaan: I=V/R).

Malangnya, penemuannya yang diterbitkanpada tahun 1827 ini diperkecilkan oleh rakan sekerjanya dan beliau terpaksa mengundurkan diri dari pekerjaannya sebagai guru sekolah menengah. Namun, pada tahun 1833 ia dilantik sebagai profesor di Universiti Nuremberg.