Gentian optik

Gentian optik (Jawi: ݢنتيان اوڤتيک) merupakan berkasan benang kaca halus yang digunakan bagi menyalurkan maklumat dalam bentuk tukaran isyarat cahaya. Ia paling utama digunakan dalam bidang telekomunikasi sebagai bahan perantara Internet jenis jalur lebar berkelajuan tinggi.