Gary Valenciano
Gary Valenciano | |
|---|---|
Valenciano menyanyi di Toronto, 2014 | |
| Maklumat latar belakang | |
| Nama lahir | Edgardo Jose Santiago Valenciano |
| Juga dikenali sebagai | Gary V., Mr. Pure Energy |
| Kelahiran | 6 Ogos 1964 Santa Mesa, Manila, Filipina |
| Warganegara | Filipina |
| Genre | Inspirasi, pop, p-pop |
| Pekerjaan | Penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, pelakon, penari |
| Alat muzik | Vokal |
| Tahun aktif | 1983–kini |
| Diskografi | Lihat: Gary Valenciano discography (en) |
| Syarikat rakaman | Dahulu : WEA, Universal Records (Filipina) |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Suami/isteri | Angeli Pangilinan (1984–kini) |
| Anak | Paolo Valenciano (1984) Gabriel Valenciano (1988) Kristiana María Mikaela Valenciano (1993) |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | GaryV.com |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Edgardo Jose "Gary" Santiago Valenciano (lahir 6 Ogos 1964), yang lebih dikenali sebagai Gary V. dan Mr. Pure Energy, ialah seorang penyanyi dan pemuzik Filipina. Valenciano telah mengeluarkan 39 album, dan memenangi Anugerah Awit untuk "Penghibur Lelaki Terbaik" dua belas kali. Pada tahun 1998, beliau menjadi Duta Kebangsaan pertama UNICEF Filipina, gelaran yang terus dipegangnya.
Beliau kini menjadi sebahagian daripada artis kontrak ABS-CBN, yang menjadi penyumbang kepada persembahan pelbagai acara muzik hujung minggundi ASAP dan segmen pertandingan nyanyian, It's Showtime. Beliau sering tenyanyikan lagu tema untuk drama rangkaian (juga dikenali sebagai teleserye di Filipina) dan cabang filem dalam rumah, Star Cinema.
Valenciano diberi Anugerah ASAP Elite Platinum Circle beberapa kali untuk pencapaiannya dalam industri muzik tempatan. Dalam 34 tahun beliau dalam industri muzik, beliau telah dianugerahkan anugerah rakaman pelbagai platinum untuk kebanyakan album studio lengkapnya.