Gareth Bale

Gareth Bale
Bale bersama Real Madrid pada tahun 2015
Maklumat peribadi
Nama penuh Gareth Frank Bale
Tarikh lahir (1989-07-16) 16 Julai 1989
Tempat lahir Cardiff, United Kingdom
Ketinggian 1.86 m (6 ka 1 in)
Posisi permainan Pemain sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Los Angeles FC
Kerjaya remaja
Cardiff Civil Service
1999–2006 Southampton
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2006–2007 Southampton 40 (5)
2007–2013 Tottenham Hotspur 146 (42)
2013–2022 Real Madrid 171 (80)
2020–2021Tottenham Hotspur (pinjaman) 20 (1)
2022–2023 Los Angeles FC 12 (2)
Pasukan kebangsaan
2005–2006 Wales B17 7 (1)
2006 Wales B19 1 (1)
2006–2008 Wales B21 4 (2)
2006–2022 Wales 111 (41)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Gareth Frank Bale (lahir 16 Julai 1989) ialah seorang pemain golf Wales. Beliau dahulu pernah bermain untuk bola sepak profesional Wales dan kini telah bersara dari sukan itu. Bale ialah salah satu pemain Eropah terbaik pada abad ke-21.

Beliau memulakan karier profesionalnya di Southampton, bermain sebagai pertahanan kiri dan mendapat pujian sebagai pakar sepakan percuma. Bale berpindah ke Tottenham Hotspur pada tahun 2007 dengan yuran £7 juta. Semasa tempohnya di Spurs, perubahan pengurusan dan taktikal melihat beliau berubah menjadi seorang pemain yang lebih ofensif. Bermula musim 2009–10, dibawah bimbingan Harry Redknapp, Bale menjadi ahli penting dalam pasukan dan mendapat perhatian antarabangsa ketika Liga Juara-Juara UEFA 2010–11. Pada tahun 2011 dan 2013, beliau dinamakan sebagai Pemain Tahunan PFA Pilihan Pemain dan dinamakan dalam Pasukan Tahunan UEFA. Pada tahun 2013, beliau juga dinamakan sebagai Pemain Muda Tahunan PFA dan Pemain Bola Sepak Tahunan FWA.

Pada 1 September 2013, Bale berpindah ke Real Madrid dengan yuran yang tidak didedahkan. Media Sepanyol dan Real Madrid TV melaporkan sebanyak £77 juta (€91 juta) manakala media Inggeris melaporkan yuran perpindahan rekod dunia sebanyak £85.3 juta (€100 juta), mengatasi rekod yuran perpindahan Cristiano Ronaldo sebanyak £80 juta (€94 juta). Beliau memainkan peranan penting dalam musim pertamanya di Real Madrid, membantu kelab itu untuk memenangi Copa del Rey dan Liga Juara-Juara UEFA, menjaringkan gol dalam kedua-dua perlawanan akhir. Pada musim berikutnya, beliau memenangi Piala Super UEFA dan menjaringkan gol dalam perlawanan akhir ketiga untuk membantu kelab itu memenangi Piala Dunia Kelab FIFA.

Bale membuat penampilan antarabangsa sulung untuk Wales pada bulan Mei 2006, menjadi pemain termuda pada masa itu untuk mewakili negara itu. Beliau sejak itu telah membuat lebih daripada 50 penampilan dan menjaringkan 19 gol antarabangsa.