Ganache

Ganache [ganaʃ, ga.nasy] ialah suatu sebatian diperbuat daripada coklat dan krim untuk tujuan mengisi atau menghias mahupun sos dalam memasak pencuci mulut seperti pastri.

Ia mula dicatat seawal tahun 1869 sebagai suatu trufel coklat dihasilkan di Paris, Perancis bernama crème ganache oleh seorang pakar bakar bernama Maison Siraudin pada tujuh tahun lepas, ia dikatakan terhasil pada tahun sama suatu persembahan komedi vaudeville Les Ganaches ("The Chumps") nukilan Victorien Sardou dilangsungkan.