Trufel

Trufel (bahasa Inggeris: truffle) ialah sporokarpa bagi banyak spesies kulat askus genus Tuber yang tumbuh di bawah tanah. Banyak jenis kulat lain diklasifikasikan sebagai trufel termasuk Geopora, Peziza, Choiromyces, Leucangium dan lebih dari seratus genus yang lain; genus-genus ini tergolong dalam kelas Pezizomycetes dan ordo Pezizales. Kulat ini tumbuh rapat dengan akar pokok perumah dan sporanya disebarkan melalui haiwan-haiwan yang memakannya.

Kulat ini mempunyai peranan ekologi yang penting dalam kitaran nutrien dan daya tahan kemarau. Ia juga bermanfaat kepada manusia sebagai suatu bahan makanan yang mengeluarkan perisa dalam masakan tertentu yang mampu mencapai harga mahal.