Game Informer
Muka hadapan isu September 2010 | |
| Ketua Editor | Andy McNamara |
|---|---|
| Kategori | Permainan video |
| Kekerapan | Bulanan (12 setahun) |
| Edaran | 3,500,000 |
| Penerbit | GameStop Corporation |
| Isu pertama | Ogos 1991 |
| Negara | Amerika Syarikat |
| Bahasa | Bahasa Inggeris |
| Laman web | (Inggeris) www.gameinformer.com |
| ISSN | 1067-6392 |
Game Informer (GI) ialah sebuah majalah Amerika yang dikeluarkan secara bulanan, mempamerkan artikel-artikel, berita, strategi serta ulasan-ulasan judul-judul permainan video dan yang berkaitan dengan konsol popular. Ditubuhkan pada bulan Ogos 1991 oleh FuncoLand, majalah tersebut memiliki hampir 3 juta pelanggan menurut Andred Reiner, menjadikannya majalah permainan video dengan jumlah edaran tertinggi, dan setakat suku pertama tahun 2009, telah disenaraikan sebagai majalah ke-12 terbesar. Game Informer kini merupakan salah satu daripada empat majalah terbaik untuk ditujukan kepada pembaca lelaki berusia 18 hingga 34.