Gah 1
Gah 1 merupakan sebuah majlis anugerah pengiktirafan lagu-lagu terbaik yang sebelum ini lebih dikenali Hits 1. Sudah melewati enam musim yang lalu, pertandingan akhir berprestij yang dinilai oleh juri-juri profesional ini pernah menyaksikan kemunculan artis terkenal Azwan Ali, E’one, Nabila Huda, Beego, Danny X-Factor, Annahita Bakavoli dan Dia Fadila sebagai pengacara anugerah lagu berprestij RTM ini. Musim ketujuh kali ini diadakan pada 30 Mei 2010 bertempat di taman tema air terkenal, Sunway Lagoon. Juara keseluruhan musim kali ini adalah milik penyanyi Alyah menerusi lagu "Tak Mungkin Kerana Sayang".
| Gah 1 | ||||
|---|---|---|---|---|
| Tarikh | 30 Mei 2010 | |||
| Lokasi | Surf Beach Sunway Lagoon, Subang Jaya, Selangor | |||
| Pengacara | E'One Eyeja Arshad | |||
| Pemenang | "Tak Mungkin Kerana Sayang" (Alyah) | |||
| Liputan televisyen/radio | ||||
| Rangkaian | TV2 | |||
| Kronologi | ||||
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||