Gagasan Badan Ekonomi Melayu

Gagasan Badan Ekonomi Melayu atau singkatannya GABEM ialah sebuah entiti yang ditubuhkan oleh Majlis Tertinggi UMNO. GABEM dilancarkan pada 6 Jun 2006 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pengerusi pertamanya ialah Tan Sri Rahim Thamby Chik.

Perdana Menteri telah melantik Tan Sri Rahim Thamby Chik, sebagai Pengerusi GABEM dan perlantikan 24 Ahli Majlis Perundingan dan 24 Ahli Majlis Permuafakatan.